Friday, January 1, 2016

TAHUKAH ANDA...TAHAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIGAAN DI MALAYSIA?



Image result for penggunaan internet dan media sosial di malaysia


Media sosial merupakan aplikasi internet yang terbaik untuk digunakan oleh usahawan-usahawan industri kecil dan sederhana bagi menjalankan aktiviti pemasaran. Media sosial mampu mengecilkan serta menutup jurang di antara strategi yang telah dirancang dan perlaksanaan strategi yang akan dilaksanakan (Kim & Ko, 2012). Pemasaran secara atas talian menggunakan aplikasi media sosial mampu menyediakan satu platform baru dan baik kepada usahawan terutama di dalam bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini. Pernyataan ini disokong oleh Morgan et al. (2006) di dalam kajian mereka menyatakan teknologi dan kemudahan yang disediakan menggunakan teknologi maklumat untuk memperkasakan sesebuah perniagaan adalah sia-sia jika penguasaan dan kebolehupayaan menguruskan teknologi maklumat dan komunikasi berada pada tahap yang lemah. Sehubungan dengan itu, kajian ini menumpukan kepada elemen kebolehlihatan yang perlu diberi penekanan khusus oleh usahawan bagi memastikan penggunaan media sosial sebagai alat pemasaran dapat digunakan dengan lebih efektif dan terurus.

 Rakyat Malaysia menggunakan purata lima jam sehari melayari internet, dan tiga daripada lima jam itu digunakan untuk media sosial.Menurut Laporan Prestasi Industri 2013 yang diterbitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), terdapat 19.2 juta pengguna internet di Malaysia, dan 15.6 juta daripada mereka aktif dalam Facebook. 
Berikut beberapa angka menarik daripada laporan itu iaitu jumlah pengguna internet di Malaysia berjumlah 19,200,408 orang. Selain itu, laporan tersebut juga menyatakan terdapat 15,600,000 pengguna Facebook yang aktif di Malaysia.  Purata masa digunakan pengguna internet di Malaysia setiap hari ialah 5 jam 36 minit. Manakala purata masa digunakan oleh pengguna media sosial di Malaysia untuk media sosial ialah 3 jam 17 minit. Peratus pengguna media sosial daripada jumlah populasi Malaysia ialah 64%

No comments:

Post a Comment