Kesimpulannya, senario pada hari
ini menunjukkan pendekatan media sosial menjadi fenomena dan penting kepada
persekitaran perniagaan. Teknologi pemasaran melalui media sosial boleh
digunapakai oleh usahawan IKS bagi memastikan aktiviti pemasaran khususnya
dapat dipertingkatkan.
Berdasarkan
kajian, jaringan sosial sememangnya banyak membantu proses komunikasi di alam
maya menjadi lebih lancar tanpa mengira jarak atau di mana kita berada
berbanding media massa konvensional yang terdahulu. Jaringan juga menunjukkan
kepentingannya yang tersendiri terutama sekali dari segi pembentukan reputasi
yang baik dalam perniagaan maya. Tahap penggunaan media sosial di Malaysia
menggambarkan bahawa perniagaan maya mampu memberi peluang kepada mana-mana
individu untuk menceburkan diri dalam perniagaan tersebut. Akses yang tinggi
dari penduduk di Malaysia terhadap penggunaan media sosial dan internet di
Malaysia lebih meyakinkan seseorang individu untuk mencuba menjalankan
perniagaan secara atas talian ini.
Saya
sendiri merupakan salah seorang peniaga online
yang aktif menjalankan perniagaan atas talian melalui media Instagram di bawah
daftar nama ’mykasut’. Media sosial sangat membantu saya sehingga mampu
mengeluarkan jenama saya sendiri. Betapa kuat impak yang dapat saya sendiri
rasai sehingga berjaya membuka kedai sendiri dengan hanya permulaan sebagai
seorang peniaga atas talian.
Namun
begitu terdapat beberapa risiko yang kebiasaanya kita dengar berkenaan penipuan
dan pelbagai masalah lain yang melibatkan perniagaan atas talian ini. Apa yang
penting, pengguna haruslah bijak dan menyiasat terlebih dahulu laman sosial
pemilik tersebut sebelum yakin untuk membuat belian.
Pelbagai faktor yang
mendorong penggunaan melalui media sosial ini. Selain yang kita sedia maklum
ianya hanya di hujung jari dan tidak membuang masa di samping menjimatkan kos.
Pelbagai elemen yang positif dan membina dapat dilihat di sini, ini mampu
memberi panduan kepada para usahawan untuk memoptimumkan penggunaan media
sosial sebagai platform pemasaran yang lebih berdaya saing.

No comments:
Post a Comment