Jika dilihat, bukan
peniaga-peniaga kecil sahaja yang menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran
mereka, malah syarikat-syarikat besar juga tidak ketinggalan untuk menggunakan
media sosial untuk aktiviti pemasaran mereka. Ada banyak alasan mengapa para
pemasar (marketing) memilih pemasaran menggunakan media sosial, diantaranya
adalah untuk meminimakan kos pengiklanan mereka.
Kos
pengiklanan mereka dapat diminimakan dengan menggunakan media sosial ini. Tidak
dinafikan lagi bahawa mereka dapat mengurangkan kos pengiklanan mereka jika
dibandingkan dengan cara pemasaran lain selain media sosial seperti media
massa. Banyak perniagaan besar dan terkenal telah memanfaatkan media sosial
sebagai media publisiti untuk mengenalkan jenama mereka. Sebabnya adalah mereka
tahu dengan pengguna media sosial yang sangat ramai, mereka dapat
memperkenalkan jenama mereka dengan cara ini malah dengan harga yang jauh lebih
murah lagi.
Elemen
ini boleh digunapakai oleh usahawan dan peniaga bagi memastikan aktiviti
pemasaran khususnya dapat dipertingkatkan. Secara tidak langsung ia dijangka
memberikan kesan positif kepada kebolehlihatan syarikat usahawan terbabit
menggunakan medium media sosial.
Tambahan
lagi, faktor kebolehlihatan sesebuah laman media sosial syarikat adalah
bergantung kepada maklumat dan isu yang dilontarkan pada laman media sosial
tersebut. Menurut Mohd Hafizie Suhaimi & Norshuhada Shiratuddin (2013)
maklumat yang pertama dilihat oleh pelanggan adalah berkaitan jenama, produk
atau perkhidmatan yang berkaitan dengan syarikat tersebut tawarkan. Selain itu,
mereka juga menyentuh lima elemen iaitu interaksi, perhubung pautan, pengaruh,
penganjuran dan kesan. Ukuran boleh dibuat melalui pengiraan pengikut dan
jumlah pelawat dan jumlah pelawat atau kepuasan pelanggan. Sebagai contoh
penggunaan blog bagi sesetengah syarikat di kalangan usahawan yang menekankan
kepada bilangan capaian trafik pada setiap hari. Ini adalah penting bagi
memastikan sama ada kebolehlihatan blog tersebut wujud di kalangan pengguna
internet.
No comments:
Post a Comment