Kejayaan penglibatan
dalam perniagaan atas talian bergantung kepada beberapa perkara selain modal
wang, infrastruktur serta kesediaan bekalan barangan dan perkhidmatan. Satu
perkara yang penting bersifat bukan material iaitu tingkah laku inovatif yang
berupaya membentuk hubungan perniagaan dengan pelbagai pihak dari ahli
keluarga, rakan, pelanggan, agen dan pembekal kepada pesaing. Oleh itu,
hubungan jaringan sosial adalah suatu hal yang penting dalam keusahawanan
kerana ianya dapat meluaskan pemasaran produk yang ditawarkan serta mengenal pasti peluang bagi
mendapatkan sumber. Hubungan sosial turut dianggap penting dalam perniagaan
atas talian terutama dari segi pembentukan reputasi perniagaan yang baik dan
hubungan perniagaan yang dimanfaatkan dengan ejen perniagaan (Gusniar Nurdin et
al., 2014).
Terdapat beberapa faktor
mudah yang menjadikan laman sosial merupakan perkara penting dalam perniagaan.
Di antaranya ialah jualan akan menjadi lebih mudah apabila terdapat banyak
‘potential customer’. Di mana banyak orang, di situ banyak peluang jualan akan
berlaku. Bayangkan jika anda membuka kedai di lorong-lorong kecil jalan yang
terletak di bahagian belakang dan jauh dari pandangan orang ramai, sudah tentu
jualan anda sedikit.
Oleh sebab itu banyak
kedai-kedai besar dan berjenama seperti Jusco dan Tesco memilih untuk membuka
cawangan mereka di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang besar. Sama
juga seperti laman sosial yang mempunyai ramai pengguna. Hal ini akan membuka peluang jualan yang
lebih besar kepada pengusaha jualan atau peniaga.
Jika dilihat, bukan
peniaga-peniaga kecil sahaja yang menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran
mereka, malah syarikat-syarikat besar juga tidak ketinggalan untuk menggunakan
media sosial untuk aktiviti pemasaran mereka. Ada banyak alasan mengapa para
pemasar (marketing) memilih pemasaran menggunakan media sosial, diantaranya
adalah untuk meminimakan kos pengiklanan mereka.
Kos
pengiklanan mereka dapat diminimakan dengan menggunakan media sosial ini. Tidak
dinafikan lagi bahawa mereka dapat mengurangkan kos pengiklanan mereka jika
dibandingkan dengan cara pemasaran lain selain media sosial seperti media
massa. Banyak perniagaan besar dan terkenal telah memanfaatkan media sosial
sebagai media publisiti untuk mengenalkan jenama mereka. Sebabnya adalah mereka
tahu dengan pengguna media sosial yang sangat ramai, mereka dapat
memperkenalkan jenama mereka dengan cara ini malah dengan harga yang jauh lebih
murah lagi.
Elemen
ini boleh digunapakai oleh usahawan dan peniaga bagi memastikan aktiviti
pemasaran khususnya dapat dipertingkatkan. Secara tidak langsung ia dijangka
memberikan kesan positif kepada kebolehlihatan syarikat usahawan terbabit
menggunakan medium media sosial.
Tambahan
lagi, faktor kebolehlihatan sesebuah laman media sosial syarikat adalah
bergantung kepada maklumat dan isu yang dilontarkan pada laman media sosial
tersebut. Menurut Mohd Hafizie Suhaimi & Norshuhada Shiratuddin (2013)
maklumat yang pertama dilihat oleh pelanggan adalah berkaitan jenama, produk
atau perkhidmatan yang berkaitan dengan syarikat tersebut tawarkan. Selain itu,
mereka juga menyentuh lima elemen iaitu interaksi, perhubung pautan, pengaruh,
penganjuran dan kesan. Ukuran boleh dibuat melalui pengiraan pengikut dan
jumlah pelawat dan jumlah pelawat atau kepuasan pelanggan. Sebagai contoh
penggunaan blog bagi sesetengah syarikat di kalangan usahawan yang menekankan
kepada bilangan capaian trafik pada setiap hari. Ini adalah penting bagi
memastikan sama ada kebolehlihatan blog tersebut wujud di kalangan pengguna
internet.
Las Vegas casino in 2020 review | DrMCD
ReplyDeleteWhat to know about this casino 과천 출장안마 in the state 영천 출장안마 of Nevada. 세종특별자치 출장마사지 The casino was only allowed to accept slots and roulette machines, but 서귀포 출장마사지 was Rating: 3.8 · Review by 천안 출장샵 Dr