Perkembangan teknologi
komunikasi yang dilihat semakin pesat menjadikan ianya sebagai satu punca
kepada pelbagai risiko yang mungkin di hadapi oleh penggunanya. Terpulang
kepada seseorang individu iaitu pengguna untuk menilainya dari sudut yang
positif ataupun negatif. Merujuk kepada rajah diatas, ianya merupakan satu
gambaran mengenai bagaimana masyarakat atau individu menggunakan teknologi
untuk berkomunikasi pada masa kini. Sebelum munculnya media sosial dan
teknologi maklumat, penyaluran komunikasi dan informasi dilihat agak terhad
penggunaannya dalam kalangan sesebuah komuniti. Namun, selaras dengan
perkembangan globalisasi iaitu pengenalan kepada dunia perhubungan tanpa
sempadan, perkembangan proses perhubungan komunikasi dan penyaluran maklumat
digunakan tanpa had. Kini, tidak dapat dinafikan bahawa fenomena komunikasi di
alam siber (internet) semakin popular ianya telah digunakan secara universal
dan meluas. Antaranya ialah penggunaan media sosial seperti Facebook, Instagram
dan sebagainya.
Menurut
Ali dan Samsudin (2012) (dalam Destiana, 2013), segala maklumat sangat mudah
& cepat untuk didapati dari media sosial. Kadang kala maklumat yang ada di
media sosial tidak terdapat dalam surat khabar ataupun tersiar di kaca
televisyen malah media sosial juga turut membantu menyebarkan budaya seperti (pop culture). Kemudahan yang disediakan dalam
mengakses akaun media sosial telah menyebabkan peningkatan jumlah dalam aspek
penggunaanya saban tahun. Di samping itu, kehadiran media sosial telah membawa
kepada perubahan ke arah penyertaan masyarakat secara atas talian (alam maya). Penyertaan masyarakat
bukan hanya terjadi di dunia nyata tetapi juga di dunia maya (Destiana, 2013).
Bagi agensi berita, mereka terpaksa mengubah organisasi penyiaran berita
atau isu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Jika
dahulu mereka menyiarkan isu melalui surat akhbar kini, mereka menyalurkan isu
atau maklumat melalui media baru seperti di Facebook, Twitter dan Blog. “Sebanyak
68% pengguna baru internet menonton video yang berkaitan dengan isu semasa
(berita) manakala hampir 62% menonton secara langsung sesuatu isu manakala
48% lagi mengetahui isu semasa melalui video berita atau juga di blog dan
link isu-isu di Twitter, Facebook”.(Lee, Rainie, 2010).
Perubahan dalam penggunaan media bukan sahaja dilihat sebagai agen
komunikasi dalam kalangan masyarakat malah konsep penggunaan media ini dilihat
secara menyeluruh. Misalnya, dalam pencegahan jenayah iaitu dalam bidang
penyiasatan, bagi memperoleh maklumat, penyiasat berusaha untuk mengumpul bukti
bagi mencari pesalah bagi sesuatu kes. Namun kesulitan dalam penyiasatan
berlaku jika ianya melibatkan pesalah siber atau juga dalam skala global,
penyiasat terpaksa bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dan ini
menyukarkan penyiasat untuk mengumpul maklumat serta mengambil masa yang lama.
Namun begitu, dengan perkembangan media sosial penyiasat berkomunikasi melalui
Twitter atau Facebook bagi mendapatkan maklum balas dari saksi atau seseorang
yang berada di lokasi kejadian berlaku (Seperti yang dinyatakan dalam Social
Media in Law Enforcement, 2014).
Keadaan ini menunjukkan bahawa sesuatu isu yang wujud dalam dunia nyata,
mampu disebarkan dengan pantas melalui ‘media
mobile’. Walaubagaimanapun, penyebaran sesuatu isu melalui media
mobile juga disebabkan oleh beberapa faktor luaran seperti tahap penerimaan
masyarakat terhadap isu tersebut dan sejauh manakah masyarakat mengikuti
perkembangan isu tersebut. Media sosial telah memberikan pelbagai impak
terhadap penglibatan masyarakat dalam isu semasa. Oleh itu, penglibatan ini
meliputi secara aktif dengan mengikuti perkembangan isu semasa menerusi blog,
membentuk ‘online group’ untuk
menyampaikan idea, membuat blog tentang isu semasa, memberi komen dalam berita
‘online’, artikel atau blog, mengambil bahagian dalam ‘online discussion’,
memuat turun ataupun menyebar dengan meluas berita yang berkaitan dengan isu
semasa (Ali dan Samsudin, 2012) (dalam Destiana, 2013). Destiana (2013)
menyatakan bahawa pada Jun 2011, Facebook telah mencapai 750 juta bilangan
penggunanya. Manakala, Twitter yang diasaskan oleh Jack Dorsey pada tahun 2006
melaporkan telahpun mempunyai 200 juta pengguna aktif pada tahun 2011
(Destiana, 2013).
Aplikasi yang ada pada ‘mobile
media’ telah mempelbagaikan cara penyebaran maklumat. Destiana (2013) menyokong
bahawa kemampuan untuk mengakses media sosial melalui aplikasi mudah alih (mobile web) merupakan faktor pendorong dalam kejayaan
media sosial. Hal ini demikian kerana, ia memiliki kualiti capaian maklumat
yang maksimum walaupun hanya diakses melalui telefon pintar sehingga telefon
bimbit biasa. Perkembangan media sosial yang semakin pesat dengan ragam
aplikasi seperti kiriman mesej, muat naik ataupun muat turun gambar telah
menyebabkan sesuatu isu dapat disebarkan secara meluas (Destiana, 2013).
Tyler (2002), menjelaskan bahawa revolusi dalam komunikasi telah mengubah
kepantasan dalam penyebaran dan perkongsian maklumat kepada seluruh pelosok
dunia. Di samping itu, kewujudan ‘media mobile’ telah memberi satu kelebihan
terhadap penyebaran maklumat mengenai sesuatu isu yang disebarkan oleh
seseorang pengguna ‘media mobile’. di samping itu, Ayo (2007), dalam Saidi,
(2009) menyatakan bahawa:
“Advances
in mobile communication technologies and the explosion of mobile phones and other
mobile devices such as private digital assistants and smartphones have created
many occasions for m-commerce, defined as the use of mobile devices and
wireless networks to achieve and get the information anytime and anywhere”. (Ayo, 2007) (dalam Saidi, 2009, m/s 3).
Oleh itu, Rahim
(2013), teknologi komunikasi mudah alih telah menyediakan pelbagai alternatif
dan kemudahan berhubung, sebagai contoh telefon bimbit tidak lagi terhad bagi
tujuan menerima dan membuat panggilan semata-mata. Telefon bimbit juga sudah
dilengkapi dengan kemudahan menghantar dan menerima e-mail,
khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat pesanan multimedia (MMS) yang hadir
dalam bentuk gabungan muzik, gambar dan rakaman video pendek (Rahim, 2013).
Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit pengguna juga boleh melayari
laman web dan melayari pelbagai aplikasi komputer. Kemudahan komunikasi tanpa
wayar juga telah disediakan bagi memudahkan pengguna menggunakan pelbagai
aplikasi yang memerlukan capaian internet (Rahim, 2013).
Secara keseluruhannya, sesuatu isu yang disebarkan
melalui ‘media mobile’ mampu
memberi kesan samada positif mahupun negatif. Sekiranya, isu tersebut mendapat
tindakbalas yang positif daripada masyarakat, kesan yang wujud adalah positif,
begitu juga sebaliknya. Sebagai contoh, isu hudud di Kelantan, isu Government
Services Tax (GST),
1MDB dan sebaginya.
Kewujudan kemudahan teknologi
yang semakin pesat berkembang membawa keuntungan kepada masyarakat global kini.
‘Segala-galanya di hujung jari’ satu ungkapan yang lazim di dengari kerana ia
benar- benar menjelaskan kehidupan manusia pada zaman teknologi canggih.
Perubahan yang telah berlaku dari dulunya penggunaan gadjet yang semakin hari
semakin mengecil tetapi mampu memberikan maklumat melebihi segala-galanya.
Penggunaan kemudahan ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Menurut
statistik daripada imbasan statistik komunikasi dan multimedia (2011)
menunjukkan peningkatan dalam penggunaan talifon selular sebagai medium
mengakses internet berdasarkan dua tahun sebelumnya iaitu dari 2010 ke 2011
.
Antara contoh isu yang mendapat kemajuan daripada teknologi ini
adalah pernggunaan media sebagai satu usaha untuk menperolehi wang iaitu dengan
mencari rezeki melalui perniagaan atas talian (online shopping). Ada kalanya jika dilihat kemudahan yang ada
telah memberikan kesan positif dan tidak lari dari meninggalkan kesan negatif
kepada manusia. Pembelian atas talian akan berlaku apabila pembeli mengakses
internet melalui alat- alat komunikasi yang ada dan interaksi berlaku antara
pembeli dan pembekal melalui rangkaian yang disambungkan( Gerald Haubi &
Valerie Trifts, 2000).
Terdapat beberapa kebaikan
berbelanja atas talian. Dia antaranya ialah menjimatkan masa, menjimatkan
belanja dari segi kos tambahan untuk ke tempat pembelian, dapat membuat
perbandingan harga dan mengurangkan ketidaksamaan sosial. Namun begitu masih
ada keburukannya iaitu ada kemungkinan berlakunya penipuan iaitu pembekal
mengambil kesempatan terhadap pembeli.
No comments:
Post a Comment