Saturday, January 2, 2016

KESIMPULAN

                 Kesimpulannya, senario pada hari ini menunjukkan pendekatan media sosial menjadi fenomena dan penting kepada persekitaran perniagaan. Teknologi pemasaran melalui media sosial boleh digunapakai oleh usahawan IKS bagi memastikan aktiviti pemasaran khususnya dapat dipertingkatkan.  
            Berdasarkan kajian, jaringan sosial sememangnya banyak membantu proses komunikasi di alam maya menjadi lebih lancar tanpa mengira jarak atau di mana kita berada berbanding media massa konvensional yang terdahulu. Jaringan juga menunjukkan kepentingannya yang tersendiri terutama sekali dari segi pembentukan reputasi yang baik dalam perniagaan maya. Tahap penggunaan media sosial di Malaysia menggambarkan bahawa perniagaan maya mampu memberi peluang kepada mana-mana individu untuk menceburkan diri dalam perniagaan tersebut. Akses yang tinggi dari penduduk di Malaysia terhadap penggunaan media sosial dan internet di Malaysia lebih meyakinkan seseorang individu untuk mencuba menjalankan perniagaan secara atas talian ini.     
   

            Saya sendiri merupakan salah seorang peniaga online yang aktif menjalankan perniagaan atas talian melalui media Instagram di bawah daftar nama ’mykasut’. Media sosial sangat membantu saya sehingga mampu mengeluarkan jenama saya sendiri. Betapa kuat impak yang dapat saya sendiri rasai sehingga berjaya membuka kedai sendiri dengan hanya permulaan sebagai seorang peniaga atas talian.
            Namun begitu terdapat beberapa risiko yang kebiasaanya kita dengar berkenaan penipuan dan pelbagai masalah lain yang melibatkan perniagaan atas talian ini. Apa yang penting, pengguna haruslah bijak dan menyiasat terlebih dahulu laman sosial pemilik tersebut sebelum yakin untuk membuat belian.

            Pelbagai faktor yang mendorong penggunaan melalui media sosial ini. Selain yang kita sedia maklum ianya hanya di hujung jari dan tidak membuang masa di samping menjimatkan kos. Pelbagai elemen yang positif dan membina dapat dilihat di sini, ini mampu memberi panduan kepada para usahawan untuk memoptimumkan penggunaan media sosial sebagai platform pemasaran yang lebih berdaya saing.

Friday, January 1, 2016

FAKTOR- FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL






Perkembangan teknologi komunikasi yang dilihat semakin pesat menjadikan ianya sebagai satu punca kepada pelbagai risiko yang mungkin di hadapi oleh penggunanya. Terpulang kepada seseorang individu iaitu pengguna untuk menilainya dari sudut yang positif ataupun negatif. Merujuk kepada rajah diatas, ianya merupakan satu gambaran mengenai bagaimana masyarakat atau individu menggunakan teknologi untuk berkomunikasi pada masa kini. Sebelum munculnya media sosial dan teknologi maklumat, penyaluran komunikasi dan informasi dilihat agak terhad penggunaannya dalam kalangan sesebuah komuniti. Namun, selaras dengan perkembangan globalisasi iaitu pengenalan kepada dunia perhubungan tanpa sempadan, perkembangan proses perhubungan komunikasi dan penyaluran maklumat digunakan tanpa had. Kini, tidak dapat dinafikan bahawa fenomena komunikasi di alam siber (internet) semakin popular ianya telah digunakan secara universal dan meluas. Antaranya ialah penggunaan media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.
        Menurut Ali dan Samsudin (2012) (dalam Destiana, 2013), segala maklumat sangat mudah & cepat untuk didapati dari media sosial. Kadang kala maklumat yang ada di media sosial tidak terdapat dalam surat khabar ataupun tersiar di kaca televisyen malah media sosial juga turut membantu menyebarkan budaya seperti (pop culture). Kemudahan yang disediakan dalam mengakses akaun media sosial telah menyebabkan peningkatan jumlah dalam aspek penggunaanya saban tahun. Di samping itu, kehadiran media sosial telah membawa kepada perubahan ke arah penyertaan masyarakat secara atas talian (alam maya). Penyertaan masyarakat bukan hanya terjadi di dunia nyata tetapi juga di dunia maya (Destiana, 2013).

        Bagi agensi berita, mereka terpaksa mengubah organisasi penyiaran berita atau isu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Jika dahulu mereka menyiarkan isu melalui surat akhbar kini, mereka menyalurkan isu atau maklumat melalui media baru seperti di Facebook, Twitter dan Blog. “Sebanyak 68% pengguna baru internet menonton video yang berkaitan dengan isu semasa (berita) manakala hampir 62% menonton secara langsung sesuatu isu manakala 48%  lagi mengetahui isu semasa melalui video berita atau juga di blog dan link isu-isu di Twitter, Facebook”.(Lee, Rainie, 2010).
Perubahan dalam penggunaan media bukan sahaja dilihat sebagai agen komunikasi dalam kalangan masyarakat malah konsep penggunaan media ini dilihat secara menyeluruh. Misalnya, dalam pencegahan jenayah iaitu dalam bidang penyiasatan, bagi memperoleh maklumat, penyiasat berusaha untuk mengumpul bukti bagi mencari pesalah bagi sesuatu kes. Namun kesulitan dalam penyiasatan berlaku jika ianya melibatkan pesalah siber atau juga dalam skala global, penyiasat terpaksa bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dan ini menyukarkan penyiasat untuk mengumpul maklumat serta mengambil masa yang lama. Namun begitu, dengan perkembangan media sosial penyiasat berkomunikasi melalui Twitter atau Facebook bagi mendapatkan maklum balas dari saksi atau seseorang yang berada di lokasi kejadian berlaku (Seperti yang dinyatakan dalam Social Media in Law Enforcement, 2014).
Keadaan ini menunjukkan bahawa sesuatu isu yang wujud dalam dunia nyata, mampu disebarkan dengan pantas melalui ‘media mobile’. Walaubagaimanapun, penyebaran sesuatu isu melalui media mobile juga disebabkan oleh beberapa faktor luaran seperti tahap penerimaan masyarakat terhadap isu tersebut dan sejauh manakah masyarakat mengikuti perkembangan isu tersebut. Media sosial telah memberikan pelbagai impak terhadap penglibatan masyarakat dalam isu semasa. Oleh itu, penglibatan ini meliputi secara aktif dengan mengikuti perkembangan isu semasa menerusi blog, membentuk ‘online group’ untuk menyampaikan idea, membuat blog tentang isu semasa, memberi komen dalam berita ‘online’, artikel atau blog, mengambil bahagian dalam ‘online discussion’, memuat turun ataupun menyebar dengan meluas berita yang berkaitan dengan isu semasa (Ali dan Samsudin, 2012) (dalam Destiana, 2013). Destiana (2013) menyatakan bahawa pada Jun 2011, Facebook telah mencapai 750 juta bilangan penggunanya. Manakala, Twitter yang diasaskan oleh Jack Dorsey pada tahun 2006 melaporkan telahpun mempunyai 200 juta pengguna aktif pada tahun 2011 (Destiana, 2013).
     Aplikasi yang ada pada ‘mobile media’ telah mempelbagaikan cara penyebaran maklumat. Destiana (2013) menyokong bahawa kemampuan untuk mengakses media sosial melalui aplikasi mudah alih (mobile web) merupakan faktor pendorong dalam kejayaan media sosial. Hal ini demikian kerana, ia memiliki kualiti capaian maklumat yang maksimum walaupun hanya diakses melalui telefon pintar sehingga telefon bimbit biasa. Perkembangan media sosial yang semakin pesat dengan ragam aplikasi seperti kiriman mesej, muat naik ataupun muat turun gambar telah menyebabkan sesuatu isu dapat disebarkan secara meluas (Destiana, 2013).
     Tyler (2002), menjelaskan bahawa revolusi dalam komunikasi telah mengubah kepantasan dalam penyebaran dan perkongsian maklumat kepada seluruh pelosok dunia. Di samping itu, kewujudan ‘media mobile’ telah memberi satu kelebihan terhadap penyebaran maklumat mengenai sesuatu isu yang disebarkan oleh seseorang pengguna ‘media mobile’. di samping itu, Ayo (2007), dalam Saidi, (2009) menyatakan bahawa:
“Advances in mobile communication technologies and the explosion of mobile phones and other mobile devices such as private digital assistants and smartphones have created many occasions for m-commerce, defined as the use of mobile devices and wireless networks to achieve and get the information anytime and anywhere”. (Ayo, 2007) (dalam Saidi, 2009, m/s 3).
            Oleh itu, Rahim (2013), teknologi komunikasi mudah alih telah menyediakan pelbagai alternatif dan kemudahan berhubung, sebagai contoh telefon bimbit tidak lagi terhad bagi tujuan menerima dan membuat panggilan semata-mata. Telefon bimbit juga sudah dilengkapi dengan kemudahan menghantar dan menerima e-mail, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat pesanan multimedia (MMS) yang hadir dalam bentuk gabungan muzik, gambar dan rakaman video pendek (Rahim, 2013). Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit pengguna juga boleh melayari laman web dan melayari pelbagai aplikasi komputer. Kemudahan komunikasi tanpa wayar juga telah disediakan bagi memudahkan pengguna menggunakan pelbagai aplikasi yang memerlukan capaian internet (Rahim, 2013).
Secara keseluruhannya, sesuatu isu yang disebarkan melalui ‘media mobile’ mampu memberi kesan samada positif mahupun negatif. Sekiranya, isu tersebut mendapat tindakbalas yang positif daripada masyarakat, kesan yang wujud adalah positif, begitu juga sebaliknya. Sebagai contoh, isu hudud di Kelantan, isu Government Services Tax (GST), 1MDB  dan sebaginya.
     Kewujudan kemudahan teknologi yang semakin pesat berkembang membawa keuntungan kepada masyarakat global kini. ‘Segala-galanya di hujung jari’ satu ungkapan yang lazim di dengari kerana ia benar- benar menjelaskan kehidupan manusia pada zaman teknologi canggih. Perubahan yang telah berlaku dari dulunya penggunaan gadjet yang semakin hari semakin mengecil tetapi mampu memberikan maklumat melebihi segala-galanya. Penggunaan kemudahan ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Menurut statistik daripada imbasan statistik komunikasi dan multimedia (2011) menunjukkan peningkatan dalam penggunaan talifon selular sebagai medium mengakses internet berdasarkan dua tahun sebelumnya iaitu dari 2010 ke 2011

                          .

     Antara contoh isu yang mendapat kemajuan daripada teknologi ini adalah pernggunaan media sebagai satu usaha untuk menperolehi wang iaitu dengan mencari rezeki melalui perniagaan atas talian (online shopping). Ada kalanya jika dilihat kemudahan yang ada telah memberikan kesan positif dan tidak lari dari meninggalkan kesan negatif kepada manusia. Pembelian atas talian akan berlaku apabila pembeli mengakses internet melalui alat- alat komunikasi yang ada dan interaksi berlaku antara pembeli dan pembekal melalui rangkaian yang disambungkan( Gerald Haubi & Valerie Trifts, 2000).
            Terdapat beberapa kebaikan berbelanja atas talian. Dia antaranya ialah menjimatkan masa, menjimatkan belanja dari segi kos tambahan untuk ke tempat pembelian, dapat membuat perbandingan harga dan mengurangkan ketidaksamaan sosial. Namun begitu masih ada keburukannya iaitu ada kemungkinan berlakunya penipuan iaitu pembekal mengambil kesempatan terhadap pembeli.


















CABARAN & HALANGAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN MALAYSIA

Dalam kerancakan kita dalam melayari internet, terdapat juga cabaran dan halangan terhadap penggunaan media sosial di Malaysia. Media sosial melibatkan beberapa elemen penting yang terdiri daripada himpunan laman web, perkhidmatan dan aktiviti yang menjalankan beberapa proses yang terlibat termasuk proses kolaborasi, perkongsian dan pengdemokrasian pengguna internet (Junco, 2010). Media sosial merupakan platform interaksi sosial yang melibatkan satu cabang komunikasi baharu yang terhasil daripada persekitaran komunikasi yang biasa.Lokus komunikasi menerusi media sosial adalah tidak terbatas. 
Fenomena ini telah mengubah cara perhubungan yang berbeza di dalam organisasi, komuniti dan individu itu sendiri berinteraksi antara satu sama lain. Menurut Rothschild(2011), pendekatan komunikasi media sosial terdiri daripada beberapa kaedah termasuk forum di internet, blog sosial, micro-blogging, wikis, podcast, gambar, video, penilaian undian pengguna dan sosial bookmarking. Variasi pendekatan cabang media sosial ini membolehkan pengguna internet khususnya mempunyai pilihan yang banyak untuk berkomunikasi antara pengguna internet. Tambahan, media sosial mempunyai kuasa yang luar biasa bagi membantu syarikat khususnya membina penjenamaan produk menerusi rangkaian jaringan, komunikasi dan penstrukturan komuniti (Erdogmus & Cicek, 2012).
Image result for CABARAN INTERNET


Namun demikian, terdapat beberapa cabaran dan halangan menerusi penggunaan media sosial di Malaysia, antaranya adalah media sosial boleh memudaratkan manusia jika disalahgunakan.
Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh dan mengganggu seperti `hacking’ yang kini banyak berlaku. Laman-laman web kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan negara juga sukar dikawal kerana segalanya dihubungkan melalui rangkaian antarabangsa. Beberapa tahun  kebelakangan ini, pusat keselamatan negara Amerika Syarikat, Pentagon diceroboh oleh seorang kanak-kanak berusia dua belas tahun. Ini memudaratkan aspek keselamatan negara dan dunia.
Virus komputer yang menjadi bahan bualan sejak kebelakangan ini juga disebarkan melalui internet. Kini, banyak virus komputer yang dicipta boleh mengakibatkan data-data dalam komputer hilang dan ada juga virus yang mengakibatkan kerosakan komputer. Ini akan mengakibatkan sesebuah syarikat atau agensi kerajaan lumpuh kerana sistem dan data-data mereka terganggu. Aspek kesihatan juga dikaitkan dengan penggunaan internet. Seseorang yang menggunakan komputer akan duduk di hadapan skrin komputer untuk tempoh masa yang lama. Ini akan membawa masalah kesihatan seperti penyakit mata, sakit tulang belakang dan sebagainya.

Image result for virusImage result for virus

TAHUKAH ANDA...TAHAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIGAAN DI MALAYSIA?



Image result for penggunaan internet dan media sosial di malaysia


Media sosial merupakan aplikasi internet yang terbaik untuk digunakan oleh usahawan-usahawan industri kecil dan sederhana bagi menjalankan aktiviti pemasaran. Media sosial mampu mengecilkan serta menutup jurang di antara strategi yang telah dirancang dan perlaksanaan strategi yang akan dilaksanakan (Kim & Ko, 2012). Pemasaran secara atas talian menggunakan aplikasi media sosial mampu menyediakan satu platform baru dan baik kepada usahawan terutama di dalam bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini. Pernyataan ini disokong oleh Morgan et al. (2006) di dalam kajian mereka menyatakan teknologi dan kemudahan yang disediakan menggunakan teknologi maklumat untuk memperkasakan sesebuah perniagaan adalah sia-sia jika penguasaan dan kebolehupayaan menguruskan teknologi maklumat dan komunikasi berada pada tahap yang lemah. Sehubungan dengan itu, kajian ini menumpukan kepada elemen kebolehlihatan yang perlu diberi penekanan khusus oleh usahawan bagi memastikan penggunaan media sosial sebagai alat pemasaran dapat digunakan dengan lebih efektif dan terurus.

 Rakyat Malaysia menggunakan purata lima jam sehari melayari internet, dan tiga daripada lima jam itu digunakan untuk media sosial.Menurut Laporan Prestasi Industri 2013 yang diterbitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), terdapat 19.2 juta pengguna internet di Malaysia, dan 15.6 juta daripada mereka aktif dalam Facebook. 
Berikut beberapa angka menarik daripada laporan itu iaitu jumlah pengguna internet di Malaysia berjumlah 19,200,408 orang. Selain itu, laporan tersebut juga menyatakan terdapat 15,600,000 pengguna Facebook yang aktif di Malaysia.  Purata masa digunakan pengguna internet di Malaysia setiap hari ialah 5 jam 36 minit. Manakala purata masa digunakan oleh pengguna media sosial di Malaysia untuk media sosial ialah 3 jam 17 minit. Peratus pengguna media sosial daripada jumlah populasi Malaysia ialah 64%

PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN SECARA GLOBAL


Image result for media sosial
Jika dilihat, bukan peniaga-peniaga kecil sahaja yang menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran mereka, malah syarikat-syarikat besar juga tidak ketinggalan untuk menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran mereka. Ada banyak alasan mengapa para pemasar (marketing) memilih pemasaran menggunakan media sosial, diantaranya adalah untuk meminimakan kos pengiklanan mereka.
Kos pengiklanan mereka dapat diminimakan dengan menggunakan media sosial ini. Tidak dinafikan lagi bahawa mereka dapat mengurangkan kos pengiklanan mereka jika dibandingkan dengan cara pemasaran lain selain media sosial seperti media massa. Banyak perniagaan besar dan terkenal telah memanfaatkan media sosial sebagai media publisiti untuk mengenalkan jenama mereka. Sebabnya adalah mereka tahu dengan pengguna media sosial yang sangat ramai, mereka dapat memperkenalkan jenama mereka dengan cara ini malah dengan harga yang jauh lebih murah lagi.
Elemen ini boleh digunapakai oleh usahawan dan peniaga bagi memastikan aktiviti pemasaran khususnya dapat dipertingkatkan. Secara tidak langsung ia dijangka memberikan kesan positif kepada kebolehlihatan syarikat usahawan terbabit menggunakan medium media sosial.

Tambahan lagi, faktor kebolehlihatan sesebuah laman media sosial syarikat adalah bergantung kepada maklumat dan isu yang dilontarkan pada laman media sosial tersebut. Menurut Mohd Hafizie Suhaimi & Norshuhada Shiratuddin (2013) maklumat yang pertama dilihat oleh pelanggan adalah berkaitan jenama, produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan syarikat tersebut tawarkan. Selain itu, mereka juga menyentuh lima elemen iaitu interaksi, perhubung pautan, pengaruh, penganjuran dan kesan. Ukuran boleh dibuat melalui pengiraan pengikut dan jumlah pelawat dan jumlah pelawat atau kepuasan pelanggan. Sebagai contoh penggunaan blog bagi sesetengah syarikat di kalangan usahawan yang menekankan kepada bilangan capaian trafik pada setiap hari. Ini adalah penting bagi memastikan sama ada kebolehlihatan blog tersebut wujud di kalangan pengguna internet.

KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN

Kejayaan penglibatan dalam perniagaan atas talian bergantung kepada beberapa perkara selain modal wang, infrastruktur serta kesediaan bekalan barangan dan perkhidmatan. Satu perkara yang penting bersifat bukan material iaitu tingkah laku inovatif yang berupaya membentuk hubungan perniagaan dengan pelbagai pihak dari ahli keluarga, rakan, pelanggan, agen dan pembekal kepada pesaing. Oleh itu, hubungan jaringan sosial adalah suatu hal yang penting dalam keusahawanan kerana ianya dapat meluaskan pemasaran produk yang ditawarkan  serta mengenal pasti peluang bagi mendapatkan sumber. Hubungan sosial turut dianggap penting dalam perniagaan atas talian terutama dari segi pembentukan reputasi perniagaan yang baik dan hubungan perniagaan yang dimanfaatkan dengan ejen perniagaan (Gusniar Nurdin et al., 2014).
Terdapat beberapa faktor mudah yang menjadikan laman sosial merupakan perkara penting dalam perniagaan. Di antaranya ialah jualan akan menjadi lebih mudah apabila terdapat banyak ‘potential customer’. Di mana banyak orang, di situ banyak peluang jualan akan berlaku. Bayangkan jika anda membuka kedai di lorong-lorong kecil jalan yang terletak di bahagian belakang dan jauh dari pandangan orang ramai, sudah tentu jualan anda sedikit.
Oleh sebab itu banyak kedai-kedai besar dan berjenama seperti Jusco dan Tesco memilih untuk membuka cawangan mereka di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang besar. Sama juga seperti laman sosial yang mempunyai ramai pengguna. Hal ini akan  membuka peluang jualan yang lebih besar kepada pengusaha jualan atau peniaga.
Jika dilihat, bukan peniaga-peniaga kecil sahaja yang menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran mereka, malah syarikat-syarikat besar juga tidak ketinggalan untuk menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran mereka. Ada banyak alasan mengapa para pemasar (marketing) memilih pemasaran menggunakan media sosial, diantaranya adalah untuk meminimakan kos pengiklanan mereka.
Kos pengiklanan mereka dapat diminimakan dengan menggunakan media sosial ini. Tidak dinafikan lagi bahawa mereka dapat mengurangkan kos pengiklanan mereka jika dibandingkan dengan cara pemasaran lain selain media sosial seperti media massa. Banyak perniagaan besar dan terkenal telah memanfaatkan media sosial sebagai media publisiti untuk mengenalkan jenama mereka. Sebabnya adalah mereka tahu dengan pengguna media sosial yang sangat ramai, mereka dapat memperkenalkan jenama mereka dengan cara ini malah dengan harga yang jauh lebih murah lagi.
Elemen ini boleh digunapakai oleh usahawan dan peniaga bagi memastikan aktiviti pemasaran khususnya dapat dipertingkatkan. Secara tidak langsung ia dijangka memberikan kesan positif kepada kebolehlihatan syarikat usahawan terbabit menggunakan medium media sosial.

Tambahan lagi, faktor kebolehlihatan sesebuah laman media sosial syarikat adalah bergantung kepada maklumat dan isu yang dilontarkan pada laman media sosial tersebut. Menurut Mohd Hafizie Suhaimi & Norshuhada Shiratuddin (2013) maklumat yang pertama dilihat oleh pelanggan adalah berkaitan jenama, produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan syarikat tersebut tawarkan. Selain itu, mereka juga menyentuh lima elemen iaitu interaksi, perhubung pautan, pengaruh, penganjuran dan kesan. Ukuran boleh dibuat melalui pengiraan pengikut dan jumlah pelawat dan jumlah pelawat atau kepuasan pelanggan. Sebagai contoh penggunaan blog bagi sesetengah syarikat di kalangan usahawan yang menekankan kepada bilangan capaian trafik pada setiap hari. Ini adalah penting bagi memastikan sama ada kebolehlihatan blog tersebut wujud di kalangan pengguna internet.

SEJARAH & EVOLUSI MEDIA SOSIAL

Perkembangan media baharu yang hebat pada masa kini telah menyumbang kepada pendemokrasian maklumat yang boleh diakses oleh semua pihak berkepentingan. Media baharu yang berbentuk digital menggalakkan komunikasi tanpa sempadan yang berbentuk interaktif melalui penggunaan Internet, blog, wiki, skype, sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya. 

  Image result for sejarah media sosial imej
Telefon pintar, televisyen satelit, komputer contohnya berfungsi sebagai alat media baharu. Penerimaan maklumat yang laju dan cepat ini mewujudkan satu budaya baru komunikasi yang harus dikawal selia dengan baik. Pendemokrasian ini juga telah mencetuskan satu perdebatan apabila sesetengah pihak melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang mencurigakan, manakala pihak yang lain menganggapnya sebagai satu perkembangan positif yang dapat melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan. 
            Salah satu contoh terkini ialah penggunaan platform yang disediakan oleh media sosial. Hal ini termasuk Youtube, twitter, facebook dan blog. Media sosial sebenarnya menyediakan satu platform yang amat menarik dan mudah untuk para pendidik berinteraksi dengan murid daripada generasi Y yang rata-rata amat selesa dengan penggunaan media atau teknologi baharu ini. Prensky (2001), memperkenalkan terma digital natives bagi menjelaskan bagaimana pelajar hari ini, hasil daripada pendedahan awal mereka kepada teknologi, berfikir dan memproses data dengan cara yang berbeza, berbanding dengan digital immigrants iaitu generasi yang lebih tua yang mempelajari dan cuba mengguna pakai teknologi baru ini. 

Internet dan alat teknologi yang lain seperti CD-ROM, video dan kamera digital serta juga papan mesej interaktif, skype dan platform media sosial menawarkan peluang menarik untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar sejarah. Sekiranya media sosial banyak digunakan oleh para usahawan dalam mempromosi produk komersil mereka serta ramai juga yang telah berjaya menjadi usahawan yang berjaya, produk ilmu juga dapat memanfaatkan platform yang disediakan oleh media baharu ini. Penerimaan dan penggunaan teknologi baharu ini dapat meningkatkan penghayatan sejarah negara. Apabila masyarakat di sekeliling kita mula meningkatkan integrasi teknologi dalam kehidupan seharian, maka, adalah amat penting bagi golongan sejarawan untuk memiliki kemahiran sebagaimana golongan profesional dalam era digital.